Zakat Emas
15 April 2026 | Admin Zakat Anda | 2 min bacaan

Zakat Emas

Pemilikan emas merupakan penanda tahap kekayaan seseorang kerana ia merupakan barangan berharga dan harganya mampu naik semakin tinggi.

Zakat Emas

Umum diketahui bahawa pemilikan emas merupakan penanda tahap kekayaan seseorang kerana ia merupakan barangan berharga dan harganya mampu – malahan lazimnya – naik semakin tinggi. Ia merupakan logam yang tidak mudah dihapuskan, tidak boleh dibakar, warnanya kekal walaupun terbakar dan dicairkan, ia tidak beracun dan tidak membahayakan sesiapa yang memegangnya. Ini beberapa sebab mengapa ia digunakan sebagai mata wang suatu masa dahulu dan kini masih boleh didagang untuk ditukarkan kepada wang.

Oleh itu, Islam mewajibkan zakat emas dibayar oleh para pemilik berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Apabila cukup haul, maka perlu bayar zakat emas setiap tahun mengikut berapa persen dan berapa gram emas simpanan. Pembayaran boleh dibuat secara online.

Nilai Layak Zakat Emas

Emas Perhiasan Dipakai (Uruf) 2024: 800 gram

Emas Yang Disimpan/Tidak Dipakai (Nisab) 2024: 85 gram

Dalil Zakat Emas

Harta emas telah lama dikenal pasti dalam Islam sebagai harta berharga yang wajib dizakat. Dalam Al-Quran terdapat ayat yang jelas dan terang merujuk kepada kewajiban membayar zakat emas. (Surah At-Taubah; Ayat 34-35)

Rasulullah SAW telah bersabda mengenai kewajiban membayar zakat emas ke atas emas yang dimiliki.

Nisab dan Haul Zakat Emas

Untuk emas yang tidak dipakai, sekiranya cukup beratnya mengikut nisab sebanyak 85 gram, dan cukup haul iaitu selama setahun simpanan, maka wajib dikeluarkan zakat terhadapnya. Kadar zakat ini adalah sebanyak 2.5% daripada nilai keseluruhan jumlah emas.

Jenis Jenis Simpanan Emas Yang Dizakat

  • Pelaburan emas fizikal dalam bentuk syiling, wafer, jongkong
  • Pelaburan akaun emas melalui Akaun Simpanan Emas
  • Akaun emas tanpa fizikal - zakat dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja
  • Akaun emas maya - zakat mengikut kadar zakat wang simpanan

Kongsi artikel ini: