Zakat Padi
Nilai Nisab Zakat Padi
Bil: 1, Tahun: 2024, Harga semasa / gram: RM1.20 / 1,306 kilogram
Sumber: https://www.zakatselangor.com.my/keputusan-syariah-zakat/kiraan-zakat-padi/
Penerangan Zakat Padi / Makanan Asasi
Dalil Zakat Petanian
Kewajipan menunaikan zakat pertanian telah disebutkan secara terang dan jelas dalam al-Quran yang bermaksud: Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya. (Surah Al-Anam (6): 141)
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang bermaksud: Dari Salim bin Abdullah dari bapanya RA dari Nabi SAW bersabda: Pada tanaman yang diairi dengan air hujan, mata air, atau air tanah maka zakatnya sepersepuluh (10%), adapun yang diairi dengan menggunakan tenaga maka zakatnya seperduapuluh (5%). (HR Bukhari)
Nota: Pilihan diberikan kepada pengusaha untuk mengira sama ada menggunakan kaedah Zakat Pertanian ataupun kaedah Zakat Perniagaan. Kebiasaannya hanya makanan asasi sahaja yang dikira mengikut kaedah Zakat Pertanian. Manakala bagi tanam-tanaman yang lain akan dikira mengikut kaedah Zakat Perniagaan.
Kiraan Zakat Padi
Zakat padi WAJIB dikeluarkan mengikut kadar hasil yang diperoleh dengan kadar 5% SELEPAS MENOLAK kos tanam yang ditanggung oleh pengusaha (Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2017).
Formula asas:
Harga padi (minimum): RM 1.20/kg (2018)
Nisab zakat padi: 1,306 kg
Nilai nisab: RM 1.20 X 1,306 kg = RM 1,567.20
Kadar: 5 peratus (%)
Haul: Sebaik sahaja padi dituai
(Hasil tuaian padi x Harga semasa padi) – Kos tanam padi) x 5% = zakat padi yang wajib dikeluarkan
Contoh kiraan:
Hasil Tuaian Padi: 5000 kg X RM 1.20 = RM 6,000.00
Tolak kos tanam: RM 1,000.00
Bersih: RM 5,000.00 *Melebihi nisab
Jumlah zakat: RM 5,000 X 5% = RM 250.00
Soalan Lazim
Bagaimana Kiraan Zakat Padi?
Zakat padi WAJIB dikeluarkan mengikut kadar hasil yang diperoleh dengan kadar 5% SELEPAS MENOLAK kos tanam yang ditanggung oleh pengusaha (Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2017).
Di Mana Boleh Zakat Padi Dibayar?
Zakat simpanan boleh dibayar secara atas talian dengan cara mengisi borang di atas.