Zakat Pelaburan
20 April 2026 | Admin Zakat Anda | 2 min bacaan

Zakat Pelaburan

Pelaburan merupakan aktiviti di mana sejumlah wang ditempatkan pada kegiatan perniagaan dengan harapan dana berkembang dan menghasilkan keuntungan.

Zakat Pelaburan

Dalam usaha menjana pendapatan dan mengumpul kekayaan, salah satu cara adalah melalui aktiviti pelaburan. Pelaburan merupakan aktiviti di mana sejumlah wang ditempatkan pada sesuatu kegiatan perniagaan dengan harapan dana ini akan berkembang dan menghasilkan keuntungan yang besar di masa hadapan. Oleh itu, jika ia menguntungkan, tentu sekali perlu dikenakan zakat pelaburan bagi orang Islam kerana keuntungan daripada pelaburan juga merupakan sejenis pendapatan.

Biasanya, sesebuah pelaburan juga merupakan aktiviti jangka masa panjang, di mana pulangan daripada pelaburan ini mungkin tidak akan memberi pulangan yang menguntungkan sehingga selepas beberapa tahun. Malahan, pelaburan merupakan salah satu cara yang sering dipertimbangkan jika seseorang itu benar-benar mahu membina kekayaan.

Pelaburan termasuk pelaburan oleh individu, kerajaan, kumpulan seperti koperasi, dana pencen dan pelaburan perniagaan atau korporat. Bagi tujuan pembayaran zakat pelaburan, kategori ini termasuk semua jenis pelaburan. Ia mungkin pelaburan sebagai individu atau bagi pihak syarikat, dalam jenis pelaburan seperti saham, bon, kripto dan komoditi.

Nisab Dan Kadar Zakat Pelaburan

Oleh kerana pelaburan itu biasanya mendapat dana daripada ramai individu, maka cara kira nisabnya adalah berdasarkan nilai keseluruhan dan bukan mengikut bahagian masing-masing. Kesemua harta pelaburan bersama dikira sebagai satu unit walaupun ada pelabur yang tidak cukup nisabnya.

Walau bagaimanapun, kadar zakat yang perlu dibayar adalah berdasarkan nilai saham yang dimiliki oleh seseorang individu sahaja. Kadar yang dikenakan adalah sama seperti zakat harta iaitu 2.5% daripada jumlah keseluruhan saham yang dimiliki.

Kiraan Bagi Saham Jangka Masa Panjang Dan Pendek

Bagi saham yang dibeli untuk mendapatkan dividen hasil daripada pegangan jangka masa panjang, cara kiraan kadar zakat adalah berdasarkan nilai unit saham dikalikan bilangan unit, kemudian dikenakan 2.5%.

Bagi saham yang dibeli untuk jual-beli dalam jangka masa pendek pula, kadar zakat bergabung kepada keuntungan yang diperolehi daripada aktiviti jualan ini.

Kiraan Zakat Pelaburan ASB

Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASNB hendaklah mengikut kaedah yang terkini, selaras dengan keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 3 November 2020.


Kongsi artikel ini: