Zakat Takaful
Produk takaful merupakan salah satu bentuk simpanan / pelaburan yang mempunyai unsur harta zakawi dan tertakluk kepada kewajiban zakat jika ia telah memenuhi syarat-syaratnya.
Wang ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara.
Implikasi Zakat Ke Atas Produk Takaful
Zakat Wang Simpanan / Pelaburan Takaful:
- Pemegang takaful keluarga perlu membayar zakat setiap tahun ke atas nilai simpanan / pelaburan yang boleh dikeluarkan (cash value) sahaja dan bukannya surrender value
- Hukum zakat untuk simpanan / pelaburan dalam polisi takaful adalah sama hukum zakat untuk simpanan / wang di institusi kewangan
Kaedah Taksiran
Formula Asas: Zakat = Cash value polisi takaful x 2.5%
Zakat Ke Atas Polisi Takaful Yang Matang
Selepas sijil takaful sudah matang, maka wajib zakat simpanan ke atas pemegang polisi yang mendapat pulangan tunai secara keseluruhannya.
Zakat = Maturity value (nilai matang) polisi takaful x 2.5%
Pampasan Takaful
Wajib Zakat Pendapatan ke atas waris simati selepas ditolak untuk penyelesaian hutang simati.
Wang Pulangan Tunai Dana Tabarruk
Wajib zakat pendapatan ke atas pemegang polisi takaful sekiranya mereka memperolehi wang pulangan tunai dari Dana Tabarruk.
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Wajib zakat pendapatan ke atas pemegang polisi yang menerima manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan atau sebab penyakit tertentu.
Pampasan Polisi Insurans Konvensional
Pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris tidak perlu dizakatkan kerana ia dikira sebagai harta yang tidak patuh syariah.