Kami sediakan pelbagai jenis zakat utama untuk memudahkan anda berzakat dengan tepat.
Umum diketahui bahawa pemilikan emas merupakan penanda tahap kekayaan seseorang kerana ia merupakan barangan berharga dan harganya mampu – malahan lazimnya – naik semakin tinggi. Ia merupakan logam yang tidak mudah dihapuskan, tidak boleh dibakar, warnanya kekal walaupun terbakar dan dicairkan, ia tidak beracun dan tidak membahayakan sesiapa yang memegangnya. Ini beberapa sebab mengapa ia digunakan sebagai mata wang suatu masa dahulu dan kini masih boleh didagang untuk ditukarkan kepada wang.
Oleh itu, Islam mewajibkan zakat emas dibayar oleh para pemilik berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Apabila cukup haul, maka perlu bayar zakat emas setiap tahun mengikut berapa persen dan berapa gram emas simpanan. Pembayaran boleh dibuat secara online.
Harta emas telah lama dikenal pasti dalam Islam sebagai harta berharga yang wajib dizakat. Dalam Al-Quran terdapat ayat yang jelas dan terang merujuk kepada kewajiban membayar zakat emas:
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya..."
(Surah At-Taubah; Ayat 34-35)
Sementara itu, Rasulullah SAW telah bersabda, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya.”
(Sahih Muslim)
Secara umumnya, emas yang dipakai sekurang-kurangnya sekali setahun tidak dikenakan zakat jika ia tidak melebih “uruf” negeri bermastautin bagi pembayar zakat. Uruf adalah nilai pemakaian setempat yang dibenarkan. Bagi negeri di mana tiada uruf, ini bermakna kesemua barang kemas buatan emas perlu dizakat, tidak kira berapa beratnya.
Kemudahan Membayar Zakat – lebih efisien, lebih yakin, lebih berkat.
Kami sediakan pelbagai jenis zakat utama untuk memudahkan anda berzakat dengan tepat.
Kami percaya bahawa pengalaman anda adalah cerminan kualiti perkhidmatan kami