Kira dan Bayar Zakat Simpanan

Kami sediakan pelbagai jenis zakat utama untuk memudahkan anda berzakat dengan tepat.

Kiraan Zakat :
(Jumlah Simpanan) × 2.5% = Zakat Wajib

Kongsi:
Nisab Zakat Simpanan
Tahun Bulan Harga (RM)
2026 Jan - Jun 42,047.00
2025 Jul - Dec 35,449.00
2025 Jan - Jun 29,961.00
2024 Jul - Dec 27,696.00
2024 Jan - Jun 24,007.00
Sila masukkan maklumat simpanan anda untuk semakan kelayakan zakat.
Anda juga boleh membuat bayaran zakat serendah RM 10 sebagai salah satu cara untuk membersihkan harta pendapatan yang dimiliki.
Penerangan Zakat Simpanan

Secara umumnya, ramai umat Islam akan membayar zakat fitrah dan zakat harta. Namun, tidak ramai sedar bahawa dalam lingkungan zakat harta itu terdapatnya zakat simpanan. Biasanya kita akan membayar zakat perniagaan atau zakat pendapatan. Ramai yang terlepas pandang atau tidak tahu akan zakat ke atas wang simpanan, apatah lagi mengenai siapa yang wajib membayar zakat simpanan, nisab zakat simpanan dan kadar zakat simpanan.

Apa Itu Zakat Simpanan?

Zakat simpanan adalah zakat dikenakan ke atas wang simpanan perseorangan. Ia juga boleh dikenakan ke atas objek lain yang boleh diterima pakai secara umum dalam urusan jual beli. Contoh objek ini seperti emas atau perak yang boleh digunakan sebagai mata wang. Malah, zakat simpanan juga boleh dikenakan ke atas pelaburan seperti ASB, saham yang dipegang, bon simpanan, dan lain-lain. Kesemua faktor-faktor ini perlu disertakan ketika sedang kira zakat simpanan. Jika ia memenuhi syarat-syarat bentuk simpanan, termasuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan, maka ia diwajibkan untuk dibayar bawah zakat simpanan.

Jenis-Jenis Simpanan Yang Boleh Dikenakan Zakat Simpanan
  • Simpanan dalam bank atau institusi kewangan
  • Simpanan wang di luar institusi kewangan
  • Simpanan ASB
  • Sijil bon simpanan
  • Pegangan saham
  • Pelaburan jangka panjang
  • Lain-lain jenis simpanan seperti emas dan sebagainya
Dalil & Soalan Lazim

Dalil mengenai zakat simpanan terdapat dalam al-Quran dan hadis. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar... Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Kira & Bayar Zakat Anda
Niat Membayar Zakat "Inilah wang sebanyak RM 0.00 sebagai menunaikan Zakat Simpanan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakili untuk tahun ini kerana Allah Ta’ala."
Anggaran jumlah zakat anda ialah:
RM 0.00
RM
Anda boleh ubah jumlah ini jika ingin berzakat lebih atau kurang
Sila tanda pada kotak di atas.

Urusan Zakat Anda Kini Di Hujung Jari

Kemudahan Membayar Zakat – lebih efisien, lebih yakin, lebih berkat.

LZS Logo
Amil Logo
Suara anda, keutamaan kami

Pandangan Ikhlas daripada Pembayar Zakat Kami

Kami percaya bahawa pengalaman anda adalah cerminan kualiti perkhidmatan kami

Kemudahan Luar Biasa

Saya amat teruja dengan betapa mudahnya proses pembayaran zakat di portal ini. Antaramuka yang mesra pengguna dan proses yang jelas menjadikan urusan lebih pantas.

AfiqRahman
PEMBAYAR ZAKAT
Proses Ringkas & Efisien

Saya boleh lengkapkan pembayaran zakat dalam kurang 5 minit. Portal ini benar-benar memudahkan urusan tahunan saya.

NurulAin
PEMBAYAR ZAKAT
Sangat Mesra Mobile

Saya bayar terus dari telefon bimbit saya tanpa masalah. Reka bentuk responsif sangat membantu.

HafizMobile
PEMBAYAR ZAKAT
Canggih & Selamat

Saya suka kerana laman ini menggunakan ciri keselamatan terkini. Saya yakin maklumat saya selamat.

SitiSecure
PEMBAYAR ZAKAT
Mudah Difahami

Saya bukan pengguna teknologi tegar, tapi laman ini sangat mudah untuk difahami. Setiap jenis zakat diterangkan dengan jelas.

PakMat73
PEMBAYAR ZAKAT
Sokongan Hebat

Ada persoalan, terus hubungi sokongan dan mereka sangat membantu. Laman zakat terbaik yang pernah saya guna.

NadiaSupport
PEMBAYAR ZAKAT

Contoh Resit Zakat
Rebat Cukai LHDN 100%

Laporan Tahunan Prestasi & Agihan
Lembaga Zakat Selangor

Perkongsian Kutipan, Agihan & Inisiatif Zakat Untuk Kesejahteraan Bersama

Prestasi LZS 2022
Prestasi LZS 2022
eBulletin Edisi-6 2022
eBulletin Edisi-6 2022
eBulletin Edisi-5 2022
eBulletin Edisi-5 2022
eBulletin Edisi-3 2022
eBulletin Edisi-3 2022