Kami sediakan pelbagai jenis zakat utama untuk memudahkan anda berzakat dengan tepat.
Aktiviti perniagaan merupakan salah satu cara beroleh pendapatan jadi ia boleh dikenakan zakat perniagaan. Pada dasarnya, ianya tidak jauh beza daripada zakat pendapatan, di mana ianya dikenakan ke atas para peniaga dan usahawan. Manakala zakat pendapatan pula lazimnya untuk mereka yang bekerja makan gaji. Namun, perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua kategori ini adalah bagaimana cara kiraan masing-masing. Cara pengiraan berbeza kerana melibatkan syarikat serta cara operasi bisnes tersebut. Mari ketahui dengan lebih lanjut lagi mengenai perkara ini.
Zakat perniagaan merupakan zakat yang perlu dibayar berdasarkan hasil atau pendapatan daripada aktiviti perniagaan. Aktiviti bisnes ini termasuk pelbagai bidang dan industri seperti perniagaan berasaskan pembuatan, perkhidmatan, jual beli barangan, perlombongan, pertanian, perladangan, perkapalan, logistik, pembekalan, pengedaran dan sebagainya.
Sementara itu, bentuk perniagaan yang dikenakan zakat termasuk perniagaan persendirian, perkongsian, dan malahan perniagaan perkongsian dengan rakan kongsi bukan Islam. Semua jenis syarikat, koperasi, gerai, perniagaan atas talian, perniagaan saham, dan apa sahaja aktiviti yang melibatkan pertukaran wang untuk barangan atau perkhidmatan dikira sebagai perniagaan dan perlu membayar zakat jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Indahnya membayar zakat, tidak kira apa jenis zakat sekalipun sebagai amalan yang menyempurnakan ibadah kita kepada Allah SWT, dan juga membolehkan kita bantu-membantu sesama manusia. Bagaikan mendapat dua kali ganda bonus yang dirasai hasil daripada menunaikan tanggungjawab ini.
Secara khas pula, terdapat beberapa kelebihan kepada amalan membayar zakat perniagaan antaranya termasuk:-
Kemudahan Membayar Zakat – lebih efisien, lebih yakin, lebih berkat.
Kami sediakan pelbagai jenis zakat utama untuk memudahkan anda berzakat dengan tepat.
Kami percaya bahawa pengalaman anda adalah cerminan kualiti perkhidmatan kami